Kejohanan Ragbi SBP 10's tahun ini telah berlangsung pada cuti minggu kedua semester 1 yang lalu, iaitu pada 8 hingga 12 Jun 2009. Di mana SM Sains Johor Kluang telah menjadi tuan rumah. Seperti mana kejohanan-kejohanan yang lalu SMSTJ telah menghantar pasukan ragbi mereka. Pasukan STJ Warriors telah ditempatkan dalam Kump. G bersama-sama SM Sains Lahad Datu dan SMAP Kajang.
Pada perlawanan pertama STJ telah mengalahkan SMSLD dengan keputusan 34-0, dan di perlawanan kedua STJ telah seri 7-7 dengan pasukan SMAP Kajang. Ini telah meletakkan STJ menjadi JOHAN kumpulan dan layak bermain dalam kategori CUP/PLATE. Di perlawanan Pusingan Kedua pasukan STJ Warriors telah diundi untuk bertemu dengan KUSES (SMS Kuala Selangor). Pada Perlawanan ini pasukan STJ telah berjaya mengalahkan pasukan KUSES dengan mata 20-17.

Selepas berjaya di pusingan kedua ini, pasukan STJ Warriors telah berjaya ke peringkat SUKU AKHIR CUP, di mana STJ telah menempatkan diri mereka sebagai 8 pasukan terbaik SBP. Di peringkat SUKU AKHIR CUP ini pasukan STJ Warriors telah bertemu dengan pasukan tuan rumah iaitu SM Sains Johor. Akibat tekanan dari penyokong pasukan tuan rumah pasukan STJ telah tewas kepada SMSJ dengan mata 7-17. Namun begitu kejayaan melayakkan diri ke peringkat ini telah pun menyamai pencapaian pasukan ragbi SBP 2008 .
Kita mengharapkan agar pasukan Ragbi STJ Warriors akan dapat mengatasi pencapaian terbaik pasukan ragbi SBP 10's 2004 yang telah mendapat tempat ketiga ketika ia diadakan di SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
go go smstj...:)...i <3 smstj
ReplyDelete