Selepas hampir 10 tahun STJ tidak menganjurkan sebarang kejohanan ragbi, tahun 2009 akan menyaksikan STJ memulakan semula tradisi kejohanan tersebut.
Tujuannya adalah untuk menimbulkan minat kerana ragbi merupakan bidang kebitaraan sekolah selain hoki untuk pelajar perempuan dan kriket untuk pelajar lelaki.
Karnival tahun ini akan menyaksikan dua kategori dipertandingkan, iaitu Bawah 13 tahun dan Bawah 14 tahun. Beberapa pasukan dalam NS, Melaka, Putrajaya dan Selangor akan dijemput untuk memeriahkan kejohanan ini.
Karnival ragbi STJ ini akan dilansungkan selama sehari iaitu pada 15 OGOS 2009 (SABTU) bermula jam 8.00 pagi. Diharapkan dengan penganjuran karnival ini akan dapat melahirkan pemain-pemain ragbi yang akan mewakili STJ dalam kejohanan SBP 10s tahun 2011 dan 2012.
Wednesday, July 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment